SELAMAT DATANG ! ANDA KINI BERADA DI ZONE BLOGGIE SII PENDEK YANA :)
Lilypie Angel and Memorial tickers

Sunday, September 26, 2010

the spirits


Walau seteruk mana hati telah dilukai oleh si dia , jangan sesekali membencinya . Semakin kita tanamkan rasa benci di hati , semakin kuat kasih sayang itu bertapak . Percayalah bahawa pada saat pertama hati itu terluka , pasti kita akan berkata-kata dengan penuh emosi , "aku benci dia" berulang kali . Tidakkah kita sedar sebenarnya kita menafikan perasaan kasih sayang yang masih tersisa terhadapnya . Kita boleh berkata "Get the hell out of my life" , namun tanpa disedari dan tanpa rela , kita merasakan dialah insan yang paling kita sayang walaupun sukma telah dilukai . Betullah kata orang tua-tua semakin benci semakin sayang . Oleh itu , untuk menggelakkan diri daripada masih berpaut pada kasih sayang orang yang tidak berguna n telah meninggalkan kita itu , jangan pernah membenci si dia . Biarpun hati dicincang lumat , pahatkan dalam fikiran bahawa sekurang-kurangnya dia pernah membuat anda belayar di lautan rindu , mendaki puncak kebahagiaan , berenang di lautan api n berbuai di taman asmara . Hargailah detik-detik manis yang pernah hadir seketika cuma itu . insyaAllah ia akan pergi dengan sendirinya :')

No comments:

Post a Comment